Program Celik IT bersama pelajar Tahun 5 SK Grogo

19 April 2018 | Aktiviti Terkini

Program Celik IT ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan Microsoft Office 2013 dalam aktiviti harian dan akademik mereka sebagai pelajar. Seramai 22 orang pelajar Tahun 5 telah menyertai program ini yang diadakan selama 3 hari di bilik latihan PI1M Sibuluh. Peserta didedahkan dengan Word 2013 yang mana tumpuan diberikan tentang penggunaan huruf dan perenggang, membuat jadual dan mengolah gambar. Selain itu juga, peserta juga diberikkan taklimat Klik Dengan Bijak yang merangkumi tajuk Maklumat Palsu dan Online Grooming.

Aktiviti sokongan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali